Friday, 17 May 2013

HIKAYAT LAMA KUSESS

Assalamualaikum..

Hmm...Hari ni celik mata pagi-pagi, dah bukan kat Pasum lagi dah. Hidup kat Pasum dah berakhir. Siapa sangka aku mampu survive untuk 10 bulan kat situ. Nampak macam sekejap sangat 10 bulan tu tapi macam-macam benda dah jadi dalam 10 bulan yang sangat singkat tu. Berapa titis air mata yang jatuh ke pipi, berapa kali aku cuba bangkit kembali saat jatuh dihempap masalah diri dan tak lupa berapa senyuman dan tawa yang aku lempar tatkala bahagia kat sana. Hidup kan? Mesti lah ada naik turun. Even mesin yang kat hospital tu pon mesti ada naik turunnya, kalau tak, mendatar je dah mati dah pesakit tu. Haha. Dan, hari ini dah dekat dua minggu dah duduk rumah. Kembali ke zaman lepas SPM dulu. Dan ini menandakan berakhirnya satu lagi fasa dalam hidup aku. Sebenarnya tak ada niat lagi nak cerita pasal Pasum sebab tengah serabut pikir pasal benda alah interview la result la apa la, jadi kisah Pasum tolak tepi dulu sebab tak ada complete story lagi. Haha.

Selesai mukadimah. Ok, hakikatnya aku nak cerita pasal KUSESS ni. Hmm.. Dah dekat dua tahun tinggalkan sekolah tapi efeknya cukup mendalam dan tak akan pernah hilang. Hari ni, 16 Mei 2013, sempena hari guru memang memori sekolah datang balik kat otak. Kenangan dengan kawan-kawan, cikgu-cikgu, junior, semua tu ada dalam jiwa ni. Bila ingat balik, tak semua kenangan tu buat aku gembira excited nak balik sekolah. Kadang aku macam ada perasaan yang dah tak nak balik sekolah, yang macam berat sangat kaki ni nak menjejak balik bumi Kusess tercinta tu. Bergelodak emosi bila pikir nak balik sekolah minggu depan ni. Overthinking plus overemotional. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa resah bila pikir nak balik sekolah.
Macam-macam aku pikir. Apa aku nak jawab kat cikgu bila diorang tanya belajar kat mana sekarang? Kenapa Pasum je? Kenapa kamu tak pergi luar negara? Honestly, aku tak sanggup lagi dah nak berdepan dengan semua soalan tu. Dengan junior lagi. Tapi aku tak kisah sangat la dengan junior tu. Biarlah diorang nak pikir apa pon, diorang belum rasa lagi semua benda di luar pagar sekolah ni. Tapi bila cikgu, aku rasa macam aku dah kecewa kan diorang dengan hanya pergi ke Pasum. Dan aku tahu melihat riak wajah diorang yang confirm kecewa aku tak pergi oversea akan sangat buat aku terluka. Macam aku dah kecewakan diorang. Ya, pecah rekod bila aku sebagai pelajar terbaik SPM tak pergi oversea sedangkan semua batch sebelum ni menuntut ilmu kat negara orang. Aku penat dengan semua ni sebab aku tak jumpa lagi jawapan untuk semua soalan tu. Entah la, biarlah semua ni ada hikmahnya, dan aku yakin ini yang terbaik untuk aku.

Kepada semua cikgu, murabbi, dan semua yang pernah memberi ilmu buat aku walau hanya setitis,
Bermula mengenal ilmu seawal 4 tahun di tadika Balqis, terus mengejar ilmu di SK Sri Langat, menimba pengetahuan walau seketika di SMK Banting, berlayar di lautan ilmu di SM Sains Kuala Selangor dan kini kembali melabuhkan kapal ku seusai habis pelayaran di PASUM.
Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku katakan, halalkan segala ilmu yang dicurahkan, maaf dipohon atas setiap satu khilaf diriku, dan percayalah tanpa ilmu yang diberi walau dengan apa cara sekali pun, kerana ilmu itu lah aku masih berdiri teguh di bumi , menghirup nafas meneruskan kehidupan hari ini.

Fuhh.. lama tak jiwang. Imej jiwang tu dah lama hilang dalam diri sejak menjejak kaki ke Pasum. Sebab aku pernah rasa yang sebab aku jiwang la, aku selalu lost control bila tiba bab emosi. Haha. Dan, kat Pasum, orang yang geng-geng aku je yang tahu aku ni jiwang dan emosi. Mostly, orang pelik dan terkejut bila tahu yang aku ni baca novel melayu jiwang. Haha. Sangat berbeza bila pikir balik tyme dekat Kusess dulu yang semua orang pon sedia maklum keunikan bahasa sastera aku bila bab-bab jiwang ni. Haha. Semua sebab Penulisan la. Dan sekarang baru aku sedar yang menulis tu bagi aku ketenangan, kegembiraan dan bersemangat balik. Hebat kuasa perkataan ni.
Kusess... Banyak sangat perisa kat situ. Kisah yang buat aku gelak senyum sorang-sorang bila ingat balik, kisah yang aku tak nak ingat dan buat aku benci kat sekolah dan sudah semestinya, kisah yang aku menyesal dan tak paham kenapa aku buat semua benda tu. Ceritera sekolah aku bukan la sesadis mana tapi taklah indah mana. Ada pahit nya, yang efeknya kadang terasa sampai hari ni. Ketakutan, kebencian tu masih lagi sampai hari ni. Orang kata, forgive but not forget. Memaafkan mungkin mudah tapi melupakan itu sangat susah. Jujur cakap bila ingat kisah form 4 tu, saat aku dah memang putus asa, putus harapan dah nak hidup kat sekolah tu, aku buang semua benda baik dalam hidup aku dan aku ingat lagi detik bila Diana dengan Alya slow talk dengan aku , buat aku sedar balik yang aku tak boleh macam ni, aku kena bangkit dari hidup aku, dan tanpa aku sedar ramai yang ambil berat tentang aku. Itu silap aku dan syukur ada mereka dalam hidup aku untuk buat aku bangkit lagi. Dan, masakan aku lupa kisah form 5 kan? Efek tu sampai hari ni, aku tak lupa. Dan, jujur aku cakap sebab semua kisah pahit ni, aku ada satu perasaan takut untuk ulang balik semua silap aku. See?? Semua benda ada hikmahnya walaupun kisah sepahit hempedu tapi pengajaran semanis madu.

Dan kadang kisah semanis madu pun punya cerita sepahit hempedu di sebaliknya kan? Haha.

Macam gambar ni. Ya, kami kawan. Bukan setakat kawan biasa, rapat dan inilah mereka yang bersama aku. Kira geng aku la ni. Haha. Tapi setiap satu dari mereka punya kisah antara kami. Di sebalik ikatan persahabatan tu, tipu kalau cakap tak pernah bergaduh, pulau, sabotaj, macam-macam lagi lah. Bukan gaduh yang biasa-biasa punya tau, yang kaw-kaw punya. Haha. Dulu, pernah jadi talam dua muka, benci sana, baik dengan yang sini, macam-macam kisah ragam, kutuk sana, mengumpat sini, pulau orang tu, sabotaj orang sini, bapak jahil la masa tu. Tapi membesar, mengenal dunia dengan diorang is the best thing ever happened to me. Mungkin kisah persahabatan tu tak sentiasa manis dan ada pahit nya, tapi normal la, kata kawan, mesti ada pasang surut nya. Baru betul sahabat nama nya. Dari perkenalan di 2 Mutiara, lepas tu mencipta nama 7 Mute, berakhir dengan Murai dan sekarang korang Salomy. Aku hargai setiap satu detik tu.

Korang,
Ingat lagi macam mana kita kenal? Mas n Shahirah tyme kat 2 Muti dulu, korang la peneman aku pergi kantin sebab geng aku semua kat 2 Nilam tyme tu. Tanpa korang, susah aku nak survive kat situ. Ha, dengan Ereena pon sama, pertama kali kenal perempuan ni kat 2 Muti. Iqalan sebab Wira dan kaulah ahli baru dalam 7 Mute. Auni sebab satu dorm tyme form 3, Melur 1 tyme tu, ingat lagi kita gaduh dengan kak Faz dulu? Haha. Iqa mursit pulak, ingat tak pertama kali aku panggil kau, 'Iqaran' sebab Iqa + Imran dulu? Haha. Nad pulak, pertama kali rapat sebab teman kau dating dengan Izzad dulu kat 3 Delima. Haha. Bai pulak, ingat tak kita jambu tyme form 5 dulu? Haha.
Dari zaman jahiliah sampai la umur dah nak mencecah 20 tahun ni, aku rasa korang masih sama mcam dulu. Orang yang pernah aku kenal waktu aku kat Kusess dulu dan benda tu takkan berubah. Terima kasih untuk segalanya. Jujur cakap kita memang banyak gaduh sebenarnya, walau sebab benda remeh pon tapi dengan korang lah yang dengar cerita merepek aku, melayan perangai entah apa-apa aku, dan korang lah yang sama-sama menggila bersama aku. Minta maaf untuk semua nya. Kita semua masing-masing lidah tajam berbisa, kepoh sana sini, bising melalak tak kira masa tempat tapi kita jugalah yang always be there for each other. Haha. Aku rindu semua tu.
Shahirah, ingat tyme kita gaduh dulu? Form 3 sampai form 4. Hmm.. Jahiliah tyme tu dan aku mintak maaf. Mas, ingat form 5? Kalau kau ingat, I'm so sorry weyh! Auni, ingat kita sama-sama komplot tak nak naik tyme rokol kat Melur 1 dulu? Haha. Jahat do tyme tu. Iqa lan, ingat pasal crush tu? Sumpah lawak cara kita cerita. Haha. Iqa mursit, hmm,, u're the best la weyh, neutral je sentiasa. Nad, ingat tyme form 5 yang aku datang dorm kau tu? Hmm.. thanks weyh. Dan Bai, ingat kisah kita tyme form 5? Hmm.. sorry :(
Haih, meleleh air mata bukak hikayat semua ni. Terima kasih Kusess..

Dan tak lupa juga budak dorm Amni n Mira. Thank you for always be there for me until now even to just see words from you guys kat whatsapp. Thank you. Dan, juga kepada 170 manusia batch 0711 legend. Aku sayang korang.
Berjela dah menaip. Haha.

Ok, so this is the end.

1 comment:

  1. ain =) jgn sedih..we will always be there for you

    ReplyDelete