Assalamualaikum..
1.15 am. Isnin, atau sebenarnya dah masuk selasa dah pun. Esok kelas pukul 8. Apa yang pelik? Hari-hari pon memang kelas pukul 8. Lali dah jadi manusia yang terakhir masuk sebelum lecturer kunci pintu, cepat beberapa minit je pon. Lelah tak habis lagi pon, lecturer dah kunci pintu. Kalau jalan lambat sikit, confirm duduk luar jawab nya. Tapi sekurang-kurang nya ada improvement sikit lah dari dulu kan? Dan mungkin sekarang ni adalah waktu ideal untuk aku revise balik nerve untuk lower limb yang banyak jadahnya tu tapi tangan tertekan pulak ke blog dan secara spontan nya menaip berjela-jela panjang ni. Mungkin dah lama tak menulis, mungkin dah lama sangat simpan rasa, mungkin rasa sesak kat dada bila benda yang susah nak dikongsi untuk diungkap dengan kata, sebab mungkin aku lebih senang menafsir rasa hati dengan menyusun aksara membentuk perkataan dan mengolah jadi ayat. Dan mungkin aku antara manusia yang temu ketenangan dengan cara menulis berjela panjang walau aku tahu tak ada siapa yang nak baca. Ini bukan zaman tulis diari lagi sebab dah tak ada masa nak duduk tenang tulis diari dengan harapan tak ada siapa nak baca, jadi benda lebih secure bila kau menaip sebab orang tak syak apa-apa dan kau tahu bukan semua orang boleh akses ke blog kau. Haha. Itu apa aku pikir la. Mungkin melalut malam-malam buta ni.
Umur dah 20, tapi usia tak melambangkan matang nya seseorang tu. Kalau dulu, aku rasa 20 tu dah besar sangat. And by time aku 20, hidup aku dah perfect dah tapi mungkin waktu tu mentah sangat nak pikir realistik nya hidup ni. Ya, pada usia 20 ni, aku masih terkapai-kapai lagi nak cari tujuan hidup, nak menjadi seorang manusia yang berusaha demi mencapai matlamat hidup. Tak sangka la pulak yang hidup akan menjadi sesukar ni. Tapi siapa pun tahu kan? Kalau tahu dah awal-awal, apa thrill dalam hidup, kan? Haha. Ok masih melalut. Mungkin sedikit mengantuk tapi lecture note bertimbun nak di print ni, jadi perlu gagahkan diri untuk bersengkang mata sebab tadi dah tertidur lebih dari waktu sepatutnya. Pergh, rasa cam budak nerd sangat bila rasa bersalah sebab terlebih tidur, tak tercapai dek akal aku, yang aku akan sampai ke tahap ni. Tapi at some point, aku rasa benda tu perlu, nak berjaya kan, tak kan nak duduk diam membatu tunggu kejayaan datang golek-golek depan mata macam tu. Aku bukan manusia yang genius pejam mata pon boleh paham apa yang diajar, tidur 24 jam pon boleh hadam hafal setiap satu huruf dalam lecture note. Ceh, genius pon usaha tau tak? Apa kau fikir ilmu tu nak datang tiba-tiba tanpa usaha. Aku pernah baca kat mana ntah tak ingat dah tapi bunyi nya macam ni lah, " Lebih banyak kau usaha, lebih banyak Allah tolong kau". Make sense gila quote tu yang buat aku pikir kalau tak ada usaha, siapa pon tak boleh tolong. Diri sendiri yang paling penting sekali.
Orang tak kenal aku, mungkin ada yang nampak aku ni kaki tidur, datang kelas lambat, tup-tup dapat result hebat cam kat sekolah dulu, ni cite tyme zaman sekolah la, zaman kegemilangan la kan, sebab sekarang zaman kejatuhan, haha. Mungkin orang tak tahu yang aku ni bangun tengah-tengah malam baca fizik, buat add math slow-slow, tanya orang sana sini, aku usaha tapi mungkin cara aku ialah aku tak nak orang tahu aku usaha, sebab apa aku tak tahu, mungkin aku rasa kalau aku usaha depan orang tu macam nak tunjuk kat orang , tak ikhlas usaha tu. Pelik sikit la, tapi dah lali dah orang cakap aku pelik. Sekurang-kurang nya aku gembira, takpe la. Haha.
Sebenarnya tadi baru baca terfaktab zine punya blog yang setiap satu patah kata nya rasa macam terkena kat jiwa, yang rasa apahal penulis ni perli aku tak pun rasa macam mana penulis ni tahu apa ada dalam hati aku. Pergh,, hebat penulis terfaktab ni, tapi hakikatnya bila difikir kan balik apa yang aku rasa adalah benda common apa yang semua orang pon rasa, dan penulis tu manusia yang dikurniakan bakat untuk mentafsirkan bahasa rasa dengan penulisan beliau. Ceh, daulat sangat panggil beliau. Ok, satu soalan? Bila dah 20 ni, apa soalan paling sinonim nak ditanya semua orang lagi-lagi yang pangkat mak-mak ni? Yes, pakwe la kahwin la apa la. Huh, apa diorang fikir nak cari pakwe jadah semua tu ada jual kat supermarket, boleh pilih, boleh sesuka hati je nak beli mana yang berkenan? Aku pernah baca kat mana ntah yang nak cari jodoh ni macam cari kasut, mula-mula kau cari based on appearance tapi in the end kau beli kasut yang ada size kau, yang selesa nak dipakai tapi still cantik lagi kat mata kau. Memang la secara metafora nya , hadam logik gak la tapi itu kasut, yang kalau kau size average macam aku ni, senang je nak cari size, tapi kalau dah mcam kakak-kakak aku yang saiz 4 pon belum tentu muat bukan sebab kecik tapi besar untuk diorang, tak ke susah macam tu?
Tipu kalau cakap tak rasa apa bila tengok orang lain bergembira bersama dengan tercinta, gembira ke? Ok, ada la certain yang gembira kan? Bahagia, comel je, itu apa yang aku nampak dengan mata kasar nya lah. Dalaman diorang je lah tahu dan mungkin aku pon tak kisah. Mungkin sekarang sampai to the point yang macam tak rasa keinginan untuk ada benda-benda macam tu sebagaimana yang aku pernah rasa. Mungkin sekarang dah matang sikit, ceh tipu diri sendiri la weyh. Haha. Entah la, dia macam dah tak kisah dah sebab bila tengok hidup aku yang bergelumang dengan dunia medik ni macam tak ada chance benda tu nak terjadi, sebab limited sangat environment and circle of friend nya. Toleh kiri kanan pon orang yang sama je. Dan jujur cakap la, tak nak orang medik sebenarnya sebab macam tak berkembang otak bila benda bio je yang nak dibahaskan. Memang la orang kata, paham la apa la, tapi dah tak nak, dah la. Haha. Memilih kan? Tak sedar diri.
Masih bercakap pasal usia 20. Memang tunggu waktu je nak dapat kad kahwin dari kawan- kawan sekolah, dan waktu tu aku still student yang duduk dalam lecture hall struggle nak pass exam supaya tak repeat year dan menjadi seorang doktor dengan suksesnya sedangkan kawan-kawan aku yang lain dah mature enough untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Dan di saat aku tengah hempas pulas membanting tulang jadi houseman, orang lain dah gembira-gembira menimang anak. Pergh.. dewasa sangat cakap pasal anak semua ni. Haha.
Medik kan? Aku pon tak pernah paham macam mana aku boleh sesat kat sini. Lecturer pernah cakap kenapa kamu pilih nak masuk medical school? Dah la lama, susah pulak tu ibarat slaughter house. Entah la prof, saya pon tak jumpa jawapannya, saya ikot je jalan yang ada depan mata dengan harapan itu yang terbaik untuk saya.
Sayang dengan cinta tu jauh bezanya. Jujur cakap, sumpah sayang weyh kawan-kawan kat sini. Tapi aku kan? Mana reti nak express or sebenarnya aku ego sebab aku tahu sayang nya aku tak setanding sayang nya diorang pada aku. Yeah, bercakap berdasarkan pengalaman. Mungkin dyorang cakap aku ni tak affectionate la, tak reti nak express la, bukan tak reti tapi trauma sebab jangan terlalu sayang kat orang sebab nanti kita yang sakit bila orang tu lupa n tinggalkan kita. So, lets take precaution step before anything gets hurt. Untuk apa berusaha sehabis daya nak tunjuk rasa sayang bila orang tak appreciate, bila orang perlekeh usaha kita, sia-sia je.
Jadi aku bina dinding sekeliling hati supaya aku tak sakit lagi dari kecewa dari sahabat yang aku sayang atau orang yang aku pernah suka. Dan sebab itu, kadang aku terkasar dalam bahasa, terganas dalam laku, atau sebenarnya itu memang aku yang sebenar, entah aku pon keliru. Susahnya jadi Ain Syahirah ni. Tapi yang pasti aku memang cuba sembunyi yang aku care pasal diorang dan bila dyorang bagi appreciation yang aku rasa aku tak pernah dapat dulu, aku rasa terharu n touched sangat tapi ego kan, aku buat biasa je. Mungkin diorang tak sedar setiap apa yang aku cakap, aku memang betul-betul maksudkan tapi di mata diorang aku hanya bermain kata. Takpe la, aku senang begini. Tapi kadang terlintas kat hati yang akan kekal tak persahabatan ni? Akan selamanya bahagia macam ni ke? Risau sebab selalu nya ada je yang akan terjadi. Semoga ya Allah, kau eratkan sillaturrahim ini dan kekalkan hingga ke hujung nyawa.
Ok dah pukul 2.22 am, mungkin perlu start print notes dan tidur. Semoga tak lambat pegi kelas esok. All the best Ain.
So, this is the end. :)
No comments:
Post a Comment