Alone in the room, yeah technically tak lah alone sebab aku duduk flat which ada je orang lain dalam rumah ni but my roommate sorang pegi Klang and another one prefer to stay at home. Lonely? Takla, I think I need this alone moment, to think, to get my strength back, to let out my tantrum if I need to and most importantly, to keep the lights on late at night without feeling guilty. The introvert part in me huh? Haha. I have double personality which if u know me well enough, I let u see the other me but be ready to bear with it. Ok, enough with this meroyan tak tentu pasal.
It's already May, kadang tak tercapai akal aku bila mana aku renung balik yang aku mampu survive 3 major posting without even failing one of them. I dont even have to go to remedial pon. To me, it was super miracle dari Allah. Kalau tengok pada usaha aku, tengok ikhlas nya aku, sejujurnya aku tak layak kejayaan tu. Tapi Alhamdulillah, baik nya Allah tu pada aku.
Medicine posting was a mess up. Dengan jadual bertukar setiap hari, dengan tukar group, tukar lecturer in charge, and the most hell thing bila tukar exam format seminggu before exam. And the format is format yg tak pernah diguna pakai mana mana manusia pon sebelum ni. Yeah, that wat u get if u are a lab rat, u sacrifice ur own future for the better future for other people. Shit. That was one hell of sacrifice. Jujur cakap, for that 2 months, hidup aku macam kucar kacir sangat, rasa macam semua benda tak cukup, kadang tumpang pegi kelas orang lain sebab rasa kau tak cukup ilmu yang diberi. But it was fun actually bila mana semua benda yang kau study dalam bentuk tulisan dulu semua dah diterjemah dalam bentuk realiti. The revision part was fun kalau kau boleh ingat balik semua tu. Dan bila kau jumpa a situation, kau boleh relate balik dengan pathophysio yang kau pernah belajar dulu. Itu sumpah seronok, sebab semua benda make sense now. Bukan sekadar tulisan or teori kosong, sekurang2 nya kau boleh hadam kalau benda tu memang wujud dan bukan setakat baca kosong takde arah. And maybe sebab tu la aku rasa macam susah sgt preclinical dulu sebab everything was a theory, dan kau tak dapat nak imagine, dan kau nak hadam segala tulisan tanpa faham memang ke laut la jawab nya.
Tapi sebab jadual yang sangat busy, dan kau ulang benda sama berjuta2 kali, benda tu macam dah meniti kat bibir. Aku tak sangka yang bila diorang dok nak exam medicine aku yang tolong revise, aku yang tolong igt balik, sebab benda tu macma dah norm waktu medicine dulu, macam sgt common sampai kau rasa macam tak fair sebab pehal aku dulu kena marah cam gila sebab tak igt benda ni tapi doktor diorang boleh buat relax je . Yeah, itu la medik, lain guru lain caranya, sama ilmunya, lain terjemahannya.
Dan waktu exam medicine ni la, aku belajar kebergantungan kat Allah yang sangat2. Exam aku jumaat dan ada orang lain yang dah start exam since Isnin lagi. Sebab dia ikut examiner bila free kan, so dah nasib aku kena Jummat. Sumpah tension cam apa sebab hari2 kau dok tanya masuk kes apa, buat macam mana, doktor tanya apa, sebab format baru kan, kau pon cam redha je apa yang jadi sebab takde the exact guideline, so semua memang ikut kepala examiner la. Setiap hari dalam miggu tu aku give up, rasa macam dah baca cukup tapi bila org lain dapat case ni, dan kau pon macam alamak aku tak cover ni lagi so kau start study balik. And it was freaking too much bcoz u cant even guess pon which system yang kau akan kena tanya. Macam any disease dari hujung kaki sampai hujung rambut dia boleh tanya. Doa aku dpat patient baik, examiner baik, and case yang aku tau nak jawab. Dan baiknya hati Allah tu bila aku memang dapat tiga2 tu.
Aku last person yang masuk exam, pagi tu memang serabut, aku lambat datang, matrik kad tertinggal, patah balik kolej, semua la nak jadi masalah pagi tu. Bila turn aku, aku dapat patient perempuan, Arabic, so English la kan. Tanya kenapa datang, terus cakap sesak nafas, batuk, demam, ya Allah, rasa mcam nak sujud syukur kat situ sebab patient tu macam bagi skrip jawapan. Tak yah nak provoke2. Bila tanya past medical history, dia jawab dgn full " Rheumatic Heart Disease with Mitral Regurgitation". Obviously, dia was well educated about her disease and sebab dia baik, she offered everything to me. May Allah bless u, sister. Ada a few minute nak history taking lagi, so aku cam tanya dia dari mana dan dia jawab " I'm from Yaman, I come to Malaysia with my family because of war". Allah! Dahsyatnya! Aku sumpah cam nak tanya lagi pasal tu tapi exam kan? Masa berjalan.
Bila part buat physical examination tu, aku sumpah cuak sebab aku mmg fail bab percuss, dan aku macam terkial2 sikit kalau nak igt step ni. Tapi examiner tu boleh pulak suruh buat PE Respi and Cardio je. Tu pon tak payah buat full. Auscultate je and bgtau findings then habis. Ok, tu macam super bersyukur. Bila time discussion, aku macam cuak sebab banyak tak dapat jawab tapi I think it was enough kot. Plus, examiner tu kenal aku sebenarnya sebab dia tutor aku time 1st yr dulu which aku terharu gak la sebab dia igt aku lagi. Ye la siapa nak igt pelajar loser cam aku ni.
Aku tanya dia, how did I do prof? Dia kata dont worry, u did ok. And yes, I passed. Dan semua groupmate aku pon pass which kalau nak compare semua dalam stream aku, group aku je yang pass tak payah repeat dan aku tahu sebab nya examiner kitorg baik. Belum sempat aku habis bersyukur sebab pass exam, tiba2 groupmate aku bgtau yang sepatutnya dia yang dapat patient tu tapi time dia, patient tu pegi toilet, so dia dapat case lain which is liver cirrhosis yang aku tau how complicated it is. Ya Allah, nak nangis rasa nya bila dapat tau sebab aku tahu aku tak mampu kalau dapat case tu.
Kebergantungan tu penting, tapi untuk 100% kebergantungan tu itu cabaran, itu ujian, tapi hasilnya cukup lumayan. Redha itu mudah untuk dikata, tapi untuk sepenuh hati redha melepaskan itu payah sebenarnya, kita manusia, sering menyalahkan tak kira lah salahkan org lain, diri sendiri hatta Tuhan sekali pon. Aku pernah ada di tempat yang aku tahu perlu redha tapi untuk melepaskan tanpa menyalahkan tu cukup payah, kau rasa penat bila bertubi-tubi diuji, kau rasa kenapa asyik aku despite all the things I did? Aku sedang belajar menerima, Aku masih belajar untuk redha, Aku masih dalam tempoh menanam sifat syukur dengan hatta sekecil-kecil nikmat. Untuk aku, that was the most valuable things I learnt throughout the whole posting and of course plus hundreds of disease from head to toe.
Sayonara Medicine... See u again in 4th year, hope next time it will better..
No comments:
Post a Comment