Assalamualaikum..
Selamat datang ke kehidupan degree!! Haha. Tak sangka dah masuk degree dah, dan memang tak terjagkau dek akal aku yang aku akan sambung medik. Sebabnya memang dari kecil lagi tak pernah terlintas kat otak nak jadi doktor. Hatta sampai hari ni pon aku belum sure lagi betul ke jalan yang aku pilih ni. Tapi banyak kali aku ingat kan diri aku, yang Allah dah bagi jalan ni dan InsyaAllah ni jalan yang terbaik untuk aku.
Kembali ke UM sebagai budak degree MBBS memang la sangat lain nya macam tyme PASUM dulu. Sungguh aku tak sangka yang aku akan rindu pasum sampai macam ni sekali. Semalam bila dengan tak malunya kitorang ni yang budak kolej pertama pergi join aktiviti kolej 12, tak tipu weyh sebak gila bila jejak balik kaki kat 12th. Memang environment nya dah lain. Tasik dah lain, kafe pon dah besar, semua dah berbeza tapi tipu lah kalau kau tak terbayang-bayang segala memori kat situ. Lalu kafe, ingat tyme makan ramai-ramai ngan budak floor 6, sorang order tomyam tapi semua share makan. Teringat rules kalau nak mula makan, kena makan orang lain punya makanan dulu. Haha. Aaahhhh.. rindu weyh. Teringat dulu pernah marah abang Inad sebab lambat siap makanan. Nampak orang order western, teringat dulu gila makan fish n chip sampai seminggu mesti at least 2 kali makan benda tu. Pusing tasik pulak, dulu sini lah tempat nak feeling2, bukak lagu kat fon, pastu cerita macam2. Main permainan kat situ dengan gilanya. Teringat tyme ade problem dulu, tasik ni jugak la jadi saksi aku cerita heart to heart ngan intan yang setia mendengar, kat sinilah semuanya aku luahkan. Ingat lagi malam terakhir kat pasum, beli jajan makan kat tepi tasik. Ahhh,, nak nangis weyh ingat balik semua tu. Aku rindu yang sangat-sangat rindu. Memang la sekarang masing-masing ada je kat UM ni, tapi semua orang pon dah lain kolej. Aku ngan Su je yang sama kolej tapi lain blok, nak pergi blok dia pon kena turun naik tangga, tu belum kira panic door kat setiap blok yang hanya orang yang ada kunci blok tu je boleh masuk blok tu, maka kalau nak merayau ke sana, terpaksa lah suruh Su bukak pintu tu. Haih.
Tapi tipu kalau cakap aku tak happy sekarang. Aku seronok jer. Gembira la kot walau kadang terasa lonely la gak. Takdir bila roomate aku rupanya geng dengan roomate Su, maka kami pon membentuk geng baru yang agak gila. Kolej aku ok je, walaupun jujur cakap lelaki kat sini ada yang kekurangan maskulin nya, tapi kadang mereka-mereka ni lah yang baik hati, yang pandai otak nya dari orang lain. Sepanjang minggu lepas, banyak lah gak aktviti nya, dengan jamuan, main dodgeball, menang pulak tu. Lepas menang tu, semua pakat pergi round tasik walaupun waktu tu dah pukul 10 lebih. Semua sebab masing-masing hyperaktif lepas jumpa crush masing-masing. Haha. Nak dijadikan cerita , tengah main-main menggila kat tasik tu, ada a group of chinese nak main tanglung dan kami dengan selambanya pon menyibuk nak tengok. Rezeki kitorang lah kan tetiba diorang bawak lebih plak benda alah. Cukup sorang satu dapat tanglung, macam-macam kaler, macam-macam design. Pusing tasik sambil pegang tanglung, nyanyi lagu cina. Pastu da;pat mooncake lagi. Lambat je aku makan mooncake tu, yelah takde lah minat sangat kan, tapi orang dah mengoffer takkan kau nak tolak pulak kan. Overall kisah kat kolej setakat ni seronok la. Mhs hari tu pon best gak. Tak sangka aku tak escape satu benda pon, niat nak escape pon takde, sebab kau rasa bila escape nanti kau miss the fun. Sungguh tak sangka aku akan rasa sampai camtu sekali.
Ok, cerita pasal fakulti pulak. Memula nak orientasi untuk fakulti ni, takut lah gak sebab memang adat orientasi budak medik memang teruk kalau nak dibanding dengan kos lain tapi alhamdulillah tahun ni, sangat lain sebab orientasi kitorang benda-benda ceramah yang berakhir dengan konsert oleh kitorang. Dan gilanya aku bila offer diri nak masuk drama and dance. Drama tu boleh dihadam logik lagi tapi dance? Mungkin aku gila tyme buat decision tu. Nasib drama menang. Haha. Mungkin tak perlu detailkan watak apa yang aku lakonkan, cukup lah tahu yang aku menang. Haha. Dance tu? Mungkin perlu bayangkan aku menari high school musical yang part we all in this together tu. Haha. Susah sebenarnya nak imagine benda alah tu. Tapi bila masuk MBBS ni, lama2 aku realise yang mungkin ni jalan yang terbaik. Aku tahu jalan ni susah, tak pernah ada siapa pun cakap yang jalan ni senang, tapi InsyaAllah aku dapat tempuh. Kena kuat Ain, jangan putus asa. :)
Dan kisah akhirnya, bila masuk sini, orang-orang yang selama ni aku stalk jer, aku usha dari jauh, semua adalah manusia yang aku jumpa balik kat sini, interact ngan diorang. Hatta roomate aku pon. Lawak bila pikir yang aku pernah kot stalk roomate aku ni kat twitter tyme kat pasum dulu. Ambik kau, sekarang dialah roomate aku. Haha. Kecik nya dunia. Oh lupa cakap, semalam makan-makan jugak la kan kat 11th, teringat masa-mas dulu makan sama-sama dengan Ijok, Ilham, Anis. Sungguh weyh tak tipu, aku rindu gila masa tu. Masa yang aku rasa sangat indah dan gembira. Yang semua benda ok je takde masalah.
Hmm.. Tapi tu dulu,semua tinggal memori semata. Rindu tapi aku ego nak mengaku. Sayang tapi aku segan nak cakap. Aku care tapi aku tak tunjuk. Sebab hidup kena move on. Mungkin hidup degree ni tak sama lagi macam dulu, tapi nak buat apa pon? Hidup je la, belajar untuk adapt diri. Semoga berjaya Ain. :)))
No comments:
Post a Comment