Monday, 2 December 2013

1 DISEMBER YANG KEDUA

Assalamualaikum..

Salam 2 Disember. Yeah, for the second time I missed to post right on 1st December but who cares kan? Anyway, it has been 2 years already. Hmm, how time flies. Rasanya macam sekejap sangat masa tu berlalu, tapi tipu la kalau sekarang pon nak kata yang rasa macam semalam je memori sekolah menengah tu berlaku. Jujur cakap yang as time goes by, the memory will fade in your mind but what remains is the friendship. That what really matters. Sekarang kalau nak diflashback semua kisah2 silam kat KUSESS, memang macam samar-samar je, aku ingat, mustahil untuk aku lupa, tapi details nya dah tak sama, kadang kabur kadang ada part yg aku tak ingat langsung. Takpe, persahabatan tu masih ada, ikatan ukhuwah tu masih utuh lagi, itu yang penting.
Dah 2 tahun dah tinggal kan sekolah. Semua orang dah ada haluan masing-masing. Semua orang dah besar. Dan semua orang tahu yang things will not be the same ever again. Aku tak rasa ramai yang ingat tarikh ni dan aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu ingat tarikh ni. 1 Disember tu tarikh orang balik rumah sebab 30 November tu last paper, Bio paper 3, n malam tu ada barbeku, jadi mostly balik esoknya, walaupun ada je yang balik right after habis last paper tu. Malam tu memang banyak kisah nya, memang banyak memori nya, indah atau tak, terpulang pada yang merasa untuk menilai sendiri.
Melihat aku pada malam tu dan melihat aku yang hari ni, memang jauh bezanya. Masa mematangkan manusia walaupun matang itu bukan diukur dari nilai usia. Hmm..aku dah lama tak cakap pasal perasaan-perasaan ni. Entah la, mungkin bila ingat balik apa yang jadi malam tu buat aku teringat balik semua cerita lama, buat aku terfikir balik tentang bab-bab perasaaan yang dah lama aku cuba elakkan. Mungkin la dulu, kalau nak bercerita bab-bab cinta ni , rasa macam tak kena dek usia yang terlalu mentah di zaman sekolah, tapi bila usia kau dah menginjak 19 tahun ni, bukan setakat kawan je yang bertanya, hatta mak kau pon boleh aju soalan pasal bab-bab cinta ni. Kalau memang dah berpunya , senang lah jugak skema jawapan nak dijawab tapi kalau kau memang seorang diri, skema jawapan mana yang kau nak cekau. Hahaha.
Mungkin lah kau tak rasa apa bila kawan-kawan kau texting 24 jam, on the phone every night, skype setiap malam tapi bila ada satu point yang kau nak mengajak keluar tengok wayang, tapi dia dah janji nak tengok dengan pakwe nya, ada lah tercuit jugak hati tu. Haha. Tapi itu lah hidup kan, kau tak boleh lari dari pekara tu. Entah, mungkin dulu sebab asyik mencari benda-benda ni, dan bila akhirnya tak jumpa, dan bila akhirnya hati sendiri kecewa, jiwa tu jadi serik, hati tu jadi batu bila nak fikir pasal benda-benda ni. Otak tu mampu nak terima sakit nya hati tu kalau kecewa lagi, diri tu dah penat, dah tak sanggup lagi nak tanggung derita untuk kesekian kali nya. Jadi, keputusan yang terbaik adalah untuk menjauh dari perkara-perkara ni, cuba untuk tak terjebak lagi, pujuk pada diri yang satu hari nanti, mungkin akan tiba yang pasti dan tak perlu diragui lagi.
Hahaha. Lama rasanya tak rasa jiwang macam ni. Terasa lama dah aku selindung hati aku yang sebenar. Ye, aku memang fake. Hanya mereka yang kenal aku je yang tahu siapa aku. Mereka di sini, tak sangka yang aku sebenarnya begini. Mereka kata aku ini matang, boleh membawa diri, tapi hakikatnya aku ini lemah, senang hanyut dek perasaan, aku ini anak bongsu yang masih terkapai-kapai dalam hidup, mereka tak tahu aku begitu. Mereka lihat aku tenang menghadapi segala permasalahan, tapi hakikatnya aku seringkali overthink hingga kadang aku terbawa-bawa dalam tidurku. Ya, adakah lakonan aku berjaya, atau aku sendiri yang dah berubah? Entah, kadang aku rasa aku bukan seperti aku. Ke mana hilang aku yang dahulu nya overemotional dan overreaction? Adakah aku masih seperti aku atau aku fall too deep into my fake act sampai aku kini seolah tak beremosi? Atau aku sahaja yang rasa demikian? Atau aku hanya paranoid berfikir tentang semua ini? Entah, banyak sangat soalan yang aku tak tahu jawapan.
Salam 2 tahun 0711!!

So, this is the end....








No comments:

Post a Comment