Thursday, 26 June 2014

The Shattered Pieces of My Heart

Assalamualaikum..

Pernah rasa tak sakitnya jatuh kembali bila kau rasa kau dah cukup kuat untuk bangkit semula? Ya, aku selalu rasa perkara tu dan hari ni untuk kesekian kalinya aku rasa lagi betapa pedihnya jatuh tersungkur macam tak daya nak bangun balik. Rasa lemahnya bila semangat yang suatu ketika dulu berkecai-kecai sampai tak ada harapan nak pulih semula, dan kau berjaya cantum kembali every single pieces of semangat tu, tapi hari ni sesaat je masa yang diperlukan untuk hancurkan balik semangat tu. Lemas dalam lautan sampai rasa dah tak mampu nak apungkan diri ke permukaan untuk mencari nafas. Atau sebenarnya salah aku yang tak berusaha sedaya habis untuk berenang ke permukaan mencari oksigen memenuhi ruang penafasan untuk rasa hidup lagi? Salah aku yang tak cukup bersedia dengan semua kelengkapan walaupun aku tahu yang aku akan lemas sebab itu? Atau salah aku yang tak sedar diri nak berenang sedangkan hakikatnya aku memang bukan lah seorang perenang tapi berangan untuk berenang sampai ke dasar?

Hmmmm... memang bukan impian aku untuk menjadi seorang doktor, sampai hari ni, saat yang tinggal berapa minggu je lagi nak habis first year, tapi aku tak jumpa lagi kenapa aku kat sini, kenapa sebenarnya aku ambil medik, kenapa aku sanggup korbankan my time for things yang aku rasa bukan untuk aku. Mungkin sebab aku rasa ini takdir yang terbaik aku, ini takdir yang Allah bagi kat aku. Kerana sesungguhnya Dia yang lebih tahu dari aku. Tapi hakikatnya aku manusia biasa yang kadang jahil menerima takdir Tuhan, yang kadang ragu dengan takdir yang Allah bagi kat aku, yang kadang rasa mungkin takdir Tuhan itu bukanlah yang terbaik untuk aku.

Dan hari ni bila buat PE kat patient tadi, sumpah berkecai semangat yang aku dah bina dekat sebulan ni, rasa macam tak mampu lagi bila jatuh macam tu. Ya,aku nervous sangat tadi, aku bergetar tadi, ni first time aku buat PE, dan ya aku tak prepare malam tadi, ya, aku missed a few things yang aku should have known, yang aku patutnya tak boleh lupa tapi aku lupa. Tapi tadi bila Dr Alex cakap I'm not happy with the PE, you keep forgetting what I said, it's like you have been stabbed with a lot of knives at the same time and you bleed to death. Over kan? Tapi itu apa yang aku rasa. Yang buat aku fikir benda tu banyak kali dengan setiap langkah aku balik dari hospital tadi. Yang buat aku fikir mungkin bukan takdir aku untuk jadi seorang doktor, mungkin ini hanya persinggahan sementara untuk aku. Tapi jujur cakap kalau nak stop sekarang, memang susah, banyak benda nak kena pikir, and the first thing yang aku pikir is mak abah aku, aku tak kisah if my heart being broken or torn apart but I can't bear to see their heart being shattered to pieces and I will not let that happened because of me. No, aku tak kan let that happen to my parents. And deep inside aku suka je belajar medik ni walaupun payah, setiap kali aku belajar, aku rasa macam semua soalan yang ada dalam otak aku tyme kecik2 dulu terjawab tanpa aku perlu ajukan balik.

Yeah, it takes me a few hours of sleeping and just laying on bed thinking about this thing before I really need to get up untuk solat dan kat situ aku jumpa jawapan nya. Dan saat akhir solat tu, baru aku sedar yang this is not the end, yang this is just a starting point, yang every single thing yang jadi mesti ada hikmah nya, it's juat a matter of looking at the bright side. Bila doa tu, baru timbul dalam hati yang out of all those people yang struggle macam nak mati untuk masuk medic UM, Allah tetap pilih aku yang malas ni, Allah tetap beri peluang pada aku untuk rasa nikmatnya untuk menjadi seorang pelajar medik UM walaupun aku tak pernah meletak harapan yang tinggi untuk berada di tempat aku sekarang. Allah tetap pandang aku yang kadang lupa pada Nya. Dan sebab tu rasa macam sikit demi sikit pulih balik semangat yang tadi macam rasa dah jadi cebisan, rasa macam dah ada kekuatan untuk kutip balik setiap pieces of my heart dan cantum kembali, rasa macam hilang sakit jatuh tadi sampai aku mampu balik untuk bangun dan berjalan dan teruska perjuangan yang sukar ni.

Salah aku semua ni sebab aku tak prepare sedangkan aku tahu yang aku bukannya jenis yang sekali pandang dah boleh dapt, I need practice banyak-banyak kali. Aku lupa yang aku jenis lambat sikit bab-bab coordination badan ni. Aku lupa bab tu, sebab tipu kalau cakap yang tak wujud riak dalam hati yang rasa diri tu boleh je buat tapi hakikatnya tak. Dan aku lupa jugak yang aku ni jenis yang pantang dicabar bab yang aku tahu aku mampu buat , tapi bila depan orang aku tak boleh buat jadi aku akan berusaha sehabis daya untuk buat lebih baik dari orang lain, untuk buktikan yang aku ni taklah bodoh mana, yang aku ni pon layak berada kat mana aku ada sekarang.

Bila flashback balik hidup aku sejak kecil lagi, aku memang sedar yang hidup aku takkan jadi normal semata, aku akan jadi lain dari orang lain. Sejak aku dalam perut mak lagi. Aku lah satu-satu nya anak mak yang kena naik ambulan pergi Klang sebab hospital Banting tak boleh deal dengan kes aku. Dan kalau nak diikutkan fakta, disebabkan tempoh yang lama dalam perut mak tu boleh menyebabkan kecacatan otak kepada foetus tapi takdir Allah aku dilahirkan normal bukan seperti mana yang kebiasaan yang terjadi. Dan, sekali lagi bila aku kena demam panas waktu baby dulu sampai aku biru tak boleh nafas, tak bergerak, sampai mak dah nangis-nangis tengok aku macam dah tak bernyawa dah, tapi Allah masih bagi aku nyawa dan kesempurnaan akal untuk hidup sampai hari ni, dan mencapai kejayaan yang aku kecapi hari ni walau pun  secara statistik nya baby yang melalui situasi tu akan mengalami kerencatan akal tapi tidak pada aku. Syukur pada Allah. Sungguh aku tak sangka kisah yang aku anggap remeh dulu ni akan jadi pembakar semangat aku hari ni. Yang buat aku rasa yang memang takdir aku untuk tidak melakar kisah normal jalan lurus, tapi mencoret kisah hidup yang penuh persinggahan, liku tajam hingga suatu hari nanti aku jumpa jalan bahagia aku yang buat aku rasa bersyukur untuk setiap persinggahan yang aku lalui dan liku yang aku tempuhi. Sebab aku tahu tanpa liku itu, aku takkan temui jalan lurus yang menuju kebahagiaan dan kejayaan yang suatu masa dulu aku nampak macam impian yang ada kat awngan yang tak mungkin dapat aku gapai sampai bila-bila.

Ya, I need to survive this thing. I need to success this medical school. I will make sure of that. I'm gonna make sure I will only have to get through only 5 years to become a doctor, not more than that. I'm gonna make sure even though I walk in with no intention to become a doctor but I'm gonna walk out proudly becoming not only physically as a doctor but with a big fat heart of a doctor. I'm gonna prove it 5 years from now. I make sure I smile during my final year, happy during my graduation, thank everyone for all the things I've been through here, and enjoy my life being a doctor wherever I'm assigned to. And maybe insya Allah , I will pursue my childhood dream to become a psychologist or psychiatrist and show the world it is not impossible to achieve your dream even people keep rejecting your dream. I'm gonna make sure of that. :)

So, this is the end....

2 comments:

  1. keep a strong faith and try hard to become of the best. :)

    ReplyDelete
  2. For every hard beginning, there is a happy ending somewhere. May He guide you for every hardship. There is something special somewhere for every hardship. :)

    ReplyDelete