Aku selalu terdiam sendiri,
Bukan aku tak peduli
Tapi aku lelah menanti,
Menanti yang tak pasti.
Semakin usia meningkat naik,
Semakin ramai mempersoal kisah hati,
Semakin bertambah dua sejoli,
Tapi lihat diri masih sendiri.
Katanya jodoh perlu usaha,
Bohong kalau kata aku tak cuba,
Tapi sayang kejayaan itu tak diukur dengan usaha semata,
Ini pertandingan memenangi hati manusia,
Kerap kali berakhir dengan derita duka.
Sebab aku sedar aku bukan tipikal,
Sebab aku tahu yang aku jarang jadi pilihan,
Sebab kadar kemenangan aku sangat tipis,
Jadi untuk apa terus berusaha,
Biarlah aku kunci pintu hati rapat-rapat.
Persetan semua ini,
Untuk apa bersusah kalau kau boleh bahagia sendiri,
Jangan persoal kenapa aku putus asa,
Kau tak pernah rasa.
Jangan hakimi aku buang semua kisah cinta,
Jangan peduli aku pendam segala rasa,
Kerana hakikatnya aku tak mahu lagi menderita,
Hati aku biar aku jaga,
Sakit luka parut nanti pandailah aku rawat,
Bukannya aku tak biasa.
Aku menulis bukan minta simpati,
Aku tak perlu tahu reaksi,
Aku cuma ingin luah rasa hati,
Sebab aku temu ketenangan kepuasan dalam menyusun aksara,
Dan itulah utamanya aku wujudkan blog ini.
Aku tak perlu tahu reaksi,
Aku cuma ingin luah rasa hati,
Sebab aku temu ketenangan kepuasan dalam menyusun aksara,
Dan itulah utamanya aku wujudkan blog ini.
kadangkala menanti itu sungguh memenatkan,
ReplyDeletetapi percayalah, suatu hari nnti soal hati akan terjawab..