Sunday, 10 January 2016

The Sweet Paediatric Posting in Klang

Assalamualaikum..

Lama sangat dah rasanya aku tak menjengah ke blog, apatah lagi nak menaip berjela-jela kata. Bukan tak ada yang kisah yang ingin dicoret, tapi aku perlu masa. Sebab bagi aku, setiap bait yang ditulis perlu hadir bersama rasa, bukan sekadar coretan kosong semata.

Clinical year. 3rd Year.
Pernah suatu saat aku rasa yang tak tercapai dek akal aku yang aku akan berjaya hingga ke tahap ini. Berjaya mengharungi setiap liku yang mencabar, setiap halangan yang melemahkan jiwa, dan berjaya bangkit dari setiap rebah . Jujur aku kata, itulah 2 tahun yang paling mencabar buat aku jika bercerita tentang pelajaran. Aku belajar kenal apa itu erti bangkit bila kau gagal berulang kali. Aku mula mengerti hakikat rezeki kejayaan itu di tangan Tuhan bilamana jika diukur usaha kau dan dia, berkali ganda kau mengerah keringat tapi kejayaan tetap berpihak pada dia. Tipu kalau aku kata tak pernah sekalipun menyalahkan takdir, kerana ada waktu aku membanding rezeki aku dan dia, namun jelas ternyata pada zahirnya, melimpah ruah rezeki dalam hidupnya. Dan saat ini, aku mula belajar erti bersyukur dengan setiap nikmat yang aku ada dan tabah dalam setiap ujian yang mendatang kerana aku tahu aku hanyalah seorang hamba. Hikmah yang menanti hanya Dia Maha Mengetahui.

Paeds (Klang)
Pertama kali aku tahu yang aku bakal bersama dengan kumpulan pertama yang akan ke Klang, aku sedih sebenarnya. Menjadi pemula tanpa sebarang expectation bukan lah apa yang aku harapkan. Dengan ahli group aku yang majoritinya budak2 distinction ditambah lagi mereka2 yang sangat outspoken, aku dah tak nampak positifnya. Tapi itu kali pertama.

Bila saat nya tiba untuk aku pergi Klang, semua nya macam right timing sebab waktu tu aku dah tak sanggup menahan rasa duduk dekat UM dengan segala macam perkara yang berlaku tanpa ada penyelesaian. Rasa macam malas nak deal dengan semua benda yang menyerabutkan kepala aku. And I need to set my priority and stop caring about little things that doesnt affect my life in future. Dari situ aku mula nampak hikmahnya aku yang pertama terpilih untuk pergi Klang. It's like an escape of all those things. Let it settle down by itself. And just hoping everything will be back to normal when I returned from Klang. Yeah, somehow it did. That shows yang I need to learn to let go and not overthink or overcaring about something that doesnt include or affect me pon.

But even the sweetest escape has its own little awful moment kan? Hmm.. whateva, it just a small thing that I dont have to deal with anymore. So let it be or should I say let her be. Ok, tak baik Ain. Anyway, Klang was the best memory I could asked for sepanjang third year. Never in a milion years, aku akan terbayang kitorang akan masak sama2 and I'm the chef, duduk lepak2 makan sama2 with people yang kau tak pernah rapat pun dulu, borak sampai 4 in the morning with someone yang kau tak pernah terlintas akan rapat pun. Yeah, that was kind of definition of happiness to me.

Paediatric adalah benda yang tak pernah sedetik pon terlintas kat hati aku untuk aku further in future sbab aku sangat lah tak reti dengan budak2 ni. Maklumlah anak bongsu kan? Awkward gak la nak pegang budak2, nak main2 dengan diorang, nak nampak tenang and rela bila diorang dok campak measuring tape aku luar tingkap, buang pen aku bawah katil, tetiba nangis bila nampak aku, apatah lagi nak buat examination, memang menguji iman dan kesabaran. Tapi setiap satu yang aku lalui tu penuh dengan pengajaran nya. Perkara pertama yang buat aku rasa perjalanan aku waktu Paeds bukanlah seteruk macam precilinical years dulu adalah sebab lecturer yang sangat berdedikasi. Prof Surendran. Ye, dia suka tanya soalan, dia can change to someone else if u cant answer him, but dia buat aku nampak Paeds is something yang fun, something that u can learn a lot from, something that u need to be particular and appreciate. Perkara kedua is Klang adalah comfort zone aku, the patients are from area which mindset yang sama macam aku, I speak the same language with them, I understand the, I can read through them. Dan sebab tu aku sangat comfortable dengan Klang walaupun dia tak secanggih or semoden PPUM but hey I was born in that hospital kot. I should be proud.

Passing my exam was totally different thing. Inilah kali pertama selepas 2 tahun, aku rasa yakin yang aku akan pass exam aku. Jujur aku kata, aku rasa I have done enough untuk buat aku pass. Dan aku yakin, which aku pon tak tau datang dari mana keyakinan tu, mungkin doa mak abah masa diorang buat umrah. Tapi , I got more than that. Boleh pulak time bagi result tu, dia buat style panggil sorang2 bagi result, and waiting for my name macam hell lama gila, orang lain dah bersorak gembira dah. The 1st thing prof suren cakap kat aku, " U pass your exam". Time tu rasa macam Ya Allah Alhamdulillah sangat. Dalam hati dah cakap , yang lantak lah kau nak marah ke nak komen apa pon lepas ni, yang penting aku  dah pass exam. But, it turns out he said yang " U are a good student, I know u read up. U have your own opinion and outspoken about it which is very good. I can see that u are doing well in this posting, I dont know how u will be in the next posting. But congratulations"
Dan dia serah kat aku case write up aku yang which aku dapat exemplary for that. Oh and aku dapat 2 very good and 1 satisfactory. It's more than enough. It's like just one step towards getting perfect score.

Finally, doing something out of your heart actually paid off. Sometimes, following the mainstream isnt actually the right way to do it. Believe in your heart. Ada sebab Allah letak aku dalam dunia medicine ni, if He thinks I can make it, insyaAllah I will make it. Goodbye Paediatric. Goodbye Klang. U'll be missed. Thanks for the sweetest memories.



**yes, I'm kinda struggling with my medicine posting right now. The lecturer we follow doesnt teach us. New time table in 2nd week. A lot of things to cover but tak sedar diri wasting my weekends with movie and lagha stuff.. Haih., Semoga hari2 yang mendatang lebih baik. InsyaAllah. So, this is the end..



No comments:

Post a Comment